AKTIVITI YANG TELAH DAN AKAN DILAKSANAKAN INSYAALLAH.

-    Bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti fakir  miskin, OKU, pesakit kronik, warga tua uzur, ibu tungal, anak yatim, mualaf dan sebagainya.
Bantuan adalah dari segi kewangan, barangan, bantuan bulanan, sokongan moral, motivasi, membantu mencari peluang pekerjaan atau perniagaan untuk menyara hidup, membantu menyediakan tempat tinggal, membantu memohon bantuan daripada agensi-agensi yang berkenaan seperti PUZ dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Membantu menyelesaikan masalah peribadi dan sebagainya.
 
-    Bantuan kemanusiaan bencana alam seperti kebakaran dan sebagainya.
 Bantuan adalah dari segi kewangan, sokongan moral, tenaga contohnya membersihkan dan membaiki rumah yang rosak akibat bencana alam dan sebagainya.
 
-    Bantuan Hari Raya – Bagi memastikan golongan miskin dan memerlukan turut menyambut hari raya dengan gembira.
 
-    Program ‘Reachin out’, mengedarkan makanan percuma kepada gelandangan dan mereka yang memerlukan.