Selamat Datang Ke Laman Utama Islamic Charity Society Penang
Islamic Charity Society atau singkatannya ICS merupakan sebuah NGO Islam yang aktif dalam gerak kerja kebajikan dan dakwah berpusat di Pulau Pinang. Kami mengalu-alukan kehadiran saudara saudari sekalian ke laman web rasmi ICS dan marilah mengenali ICS dengan lebih dekat lagi InsyaALLAH.
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT diatas limpah rahmatNYA, ICS telah didaftarkan secara rasmi pada 20 Februari 2012 dengan nombor pendaftaran 0415-12-PPG. Aktiviti ICS memfokuskan kepada kerja kebajikan bagi membantu mereka yang didalam kesusahan dan memerlukan dengan disulami dakwah serta menonjolkan akhlak Islam yang mulia iaitu suka kepada tolong-menolong sesama insan.
Kami mengajak seluruh umat Islam bersama ICS menjalankan gerak kerja kebajikan yang lebih berkesan bagi memastikan nasib golongan yang memerlukan lebih terbela tanpa mengira latar belakang dan warna kulit selari dengan kehendak Islam yang benar ini.
Mudahan usaha yang sedikit ini dirahmati dan diberkati ALLAH swt.