Antara Bantuan-Bantuan Yang Pihak Kami Sedang Dan Akan Berikan InsyaALLAH

19/11/2012 02:22

 

  1. Bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti fakir  miskin, OKU, pesakit kronik, warga tua uzur, ibu tungal, anak yatim, mualaf dan sebagainya. Bantuan adalah dari segi kewangan, bantuan bulanan, sokongan moral, motivasi, membantu mencari peluang pekerjaan atau perniagaan untuk menyara hidup, membantu menyediakan tempat tinggal, membantu memohon bantuan daripada agensi-agensi yang berkenaan seperti PUZ dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Membantu menyelesaikan masalah peribadi dan sebagainya.
  2. Bantuan kemanusiaan bencana alam seperti banjir, kebakaran dan sebagainya. Bantuan adalah dari segi kewangan, sokongan moral, tenaga contohnya membersihkan dan membaiki rumah yang rosak akibat bencana alam dan sebagainya.
  3. Bantuan Ramadhan – Membekalkan bantuan makanan berkhasiat kepada golongan miskin dan mereka yang memerlukan sempena menyambut Ramadhan.
  4. Bantuan Hari Raya – Bagi memastikan golongan miskin dan memerlukan turut menyambut hari raya dengan gembira.
  5. Membantu golongan gelendangan agar mereka tidak terus mengemis dan merempat di jalanan.
  6. Program ‘Reachin out’, mengedarkan makanan percuma kepada gelendangan dan mereka yang memerlukan.
  7. Aktiviti pendidikan seperti program kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menderma darah, kepentingan melakukan kerja kebajikan, dakwah lapangan dan sebagainya.
  8. Program  kemasyarakatan seperti membersihkan surau, masjid dan lain-lain.