Selamat Datang Ke Laman Utama Islamic Charity Society Penang

 

Islamic Charity Society atau singkatannya ICS merupakan sebuah NGO Islam yang aktif dalam gerak kerja kebajikan dan dakwah berpusat di Pulau Pinang. Kami mengalu-alukan kehadiran saudara saudari sekalian ke laman web rasmi ICS dan marilah mengenali ICS dengan lebih dekat lagi InsyaALLAH. 
 
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT diatas limpah rahmatNYA, ICS telah didaftarkan secara rasmi pada 20 Februari 2012 dengan nombor pendaftaran 0415-12-PPG. Aktiviti ICS memfokuskan kepada kerja kebajikan bagi membantu mereka yang didalam kesusahan dan memerlukan dengan disulami dakwah serta menonjolkan akhlak Islam yang mulia iaitu suka kepada tolong-menolong sesama insan.
 
Kami mengajak seluruh umat Islam bersama ICS menjalankan gerak kerja kebajikan yang lebih berkesan bagi memastikan nasib golongan yang memerlukan lebih terbela tanpa mengira latar belakang dan warna kulit selari dengan kehendak Islam yang benar ini.
 
Mudahan usaha yang sedikit ini dirahmati dan diberkati ALLAH swt.

 

 

Sertai Sukarelawan ICS

Ayuh sertai keluarga ICS dengan menjadi sukarelawan ICS. Sila hubungi no. telefon Pengerusi Cawangan kami seperti berikut bagi saudara saudari yg menetap di Negeri Pulau Pinang mengikut kawasan tempat tinggal anda.

Cawangan Pulau (Island) :
En. Jafer - 012-5573328

Cawangan Seberang (Mainland) :
En. Kamal - 014-2413085
 
Atau anda juga boleh mengisi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.

Borang Sukarelawan ICS

Hubungi kami

Islamic Charity Society Penang,
35 Tingkat 1, Lebuh Buckingham, 10200 Pulau Pinang.
 
04-261 4246
012-529 0762
 
ics2012.penang@gmail.com
www.facebook.com/ IslamicCharitySociety

Objektif

-    Menjalankan aktiviti kebajikan dengan sistematik dan efektif bagi membantu semua golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang agama.
-    Memupuk semangat sukakan amal kebajikan dan berjiwa murni dikalangan ahli khususnya dan masyarakat umumnya.

Misi

Membudayakan kerja kebajikan dan nilai murni dikalangan masyarakat.

Visi

Menjadi sebuah badan kebajikan yang sistematik dan efektif dalam gerak kerja kebajikan serta menyelesaikan masalah golongan yang memerlukan secara akar umbi.

Moto

ICS Prihatin